KUALA LUMPUR : Pelakon, Syanie Hisyam, 39, akui tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman solonya setelah gagal dalam rumah tangganya 11 tahun lalu, sehinggalah dia menemui Nadi Putera, 27 yang kini telah menjadi tunangannya sejak 10 Ogos lalu.
Syanie berkata, Nadi merupakan seorang lelaki yang telah berjaya membuka hatinya untuk berkahwin kerana sikapnya yang mengambil berat.
Malah jejaka itu juga bijak menjaga hatinya selepas mereka mula serius dalam hubungan cinta pada awal tahun ini.
“Sebenarnya Nadi merupakan kenalan saya sejak 7 tahun dan kami berkawan baik.
“Namun sejak awal tahun ini, kami mula menjalinkan hubungan istimewa dan hati saya mula terbuka untuk berkahwin setelah mengenalinya lebih rapat.
“Sikapnya yang ‘caring’, pandai jaga hati dan suka berlawak membuatkan saya benar-benar terpikat.
“Lebih-lebih lagi dia bukan seperti lelaki lain yang ego dan sering suka bawa berbincang dan mendengar pendapat masing-masing. Senang kata kami serasi.
“Terus-terang sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta apatah lagi berkahwin, tetapi dengan Nadi, dia telah merubah segalanya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Setelah mengikat tali pertunangan pada 3 Syawal lalu, Syanie dan Nadi telah merancang untuk bernikah pada 1 Mac 2014.
Tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi mereka akan disatukan dengan satu ikatan yang sah.
Menurut Syanie, dia kini sudah mula membuat persiapan sedikit demi sedikit sebelum menjelang hari perkahwinannya itu nanti.
“Buat masa sekarang, tiada lagi persiapan yang besar yang kami buat. Malah, kami masih lagi memilih lokasi untuk majlis kami nanti.
“Cuma kini kami sedang mula membuat senarai mengenai perkara yang wajib dahulu yang perlu kami sediakan untuk majlis akad nikah nanti. Yelah, saya dengar nak kahwin bukannya mudah, ada juga prosedur yang perlu dilakukan,” jelasnya lagi.
Bakal suaminya itu memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama yang berusia 5 dan 4 tahun.
Jari Menaip ,
Nur Atirah .
2 comments:
dh bertunang harap2 cepat lah naik ke jinjang pelamin ^_^
wah!
baru tahu ni :)
Post a Comment