Nur Atirah

Thursday, 22 August 2013

Awak ambil jurusan Pendidikan Islam?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


"Awak ambil jurusan Pendidikan Islam?"

"Tak "

"Habis tu? Mesti awak ambil jurusan Bahasa Arab atau Syariah kan?"

"Tak jugak. Saya belajar jurusan kewangan "

"Saya ingatkan ustazah tadi..."

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh berniqab, bermakna alim dan waraklah seorang wanita itu. Hakikatnya, tak semua yang bertudung labuh dan berpurdah itu sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

Bila berjalan ke mana-mana, jarang lelaki berani nak tegur lebih-lebih.

"Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab, berdosa tau..."

Tengok.... yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah lelaki akan tertarik pada wanita. Kadang-kala lelaki mudah tertarik pada wanita yang bertudung labuh. Jadi, mereka rasakan mereka perlu berubah dan dalam masa yang sama, mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka berubah ke jalan Allah dengan ilmu yang wanita itu ada.

"Awak, saya nak berubah. Saya nak berhijrah ke jalan Allah.
Boleh awak bimbing saya?"

"Kenapa saya?"

"Sebab saya tengok awak lain dari perempuan lain yang saya pernah kenal sebelum ni. Awak lembut orangnya. Nampak alim..."

"Iye. Walaupun saya bertudung labuh dan berniqab, belum tentu ilmu yang saya miliki setinggi langit. Setakat ilmu yang saya ada, bolehlah saya share. Saya sendiri pun masih lagi berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin. Saya juga perlu dibimbing. Tudung labuh dan niqab ini bukanlah lambang ketinggian dan kehebatan ilmu seseorang. Cuma saya berusaha jadi yang terbaik."

Dan tak bermakna yang bertudung singkat itu, sedikit ilmunya. Cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik. Sama-sama kita doakan. Insya'Allah.


  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

entah kenapa, hati sangat suka dengan entry ini...

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH