Nur Atirah

 Banner

Tuesday, 23 April 2013

Bau Busuk Disangka Bangkai

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KERTEH – Bau busuk dihidu seorang jiran yang disangka bau bangkai ayam membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas yang sudah berulat di Taman Wan Adnan, dekat sini, petang tiga hari lalu.
Ismail Hassan, 70, dipercayai mati sejak empat hari sebelum dia ditemui dalam keadaan reput namun masih lengkap berpakaian dan terbaring atas katil dalam bilik tidurnya.
Jiran mangsa, Zurimi Wahab, 44, berkata, pada mulanya dia menyangka bau busuk yang datang dari rumah jiran sebelahnya itu mungkin bau bangkai ayam atau kucing yang mati di kawasan rumah jirannya itu.
“Saya sangkakan bau busuk itu mungkin kerana ayam atau kucing mati.
“Namun, selepas meninjau sekitar kawasan rumah Pak Ismail, saya dapati tiada ayam atau kucing yang mati, jadi saya syak sesuatu terjadi kepadanya,” katanya kelmarin.
Ismail yang menghidap asma dan mempunyai tiga anak, tinggal bersendirian di rumahnya kerana kesemua anaknya tidak lagi tinggal bersamanya.

Mayat

Berikutan itu, Zurimi memberitahu adik iparnya, Kamarudin Abd Manat, 60, mengenai bau busuk yang datang dari rumah Ismail itu.
Sejurus itu, mereka berdua membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang sebelum dua anggota polis dari Balai Polis Kerteh datang ke rumah terbabit.
Apabila melakukan pemeriksaan, polis menemui mayat Ismail yang merupakan bapa tunggal di tepi katilnya dan terdapat senaskhah akhbar berbahasa Mandarin bersamanya kerana arwah pandai membaca dalam bahasa Mandarin.
Mayat Ismail kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Kemaman kira-kira jam jam 4.30 petang untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kes kematian Ismail tidak melibatkan unsur jenayah dan hasil bedah siasat mendapati si mati meninggal dunia disebabkan serangan asma. –Sinar Harian Online

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH