Nur Atirah

 Banner

Saturday, 24 August 2013

Bapa dakwa bayi diliwat

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



SEGAMAT - Seorang bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, tengah malam kelmarin, mendakwa bayi perempuannya berumur satu tahun enam bulan dicabul.
Bapa tersebut yang hanya ingin dikenali Pang, 30an, berkata, sejak kebelakangan ini anak perempuannya menunjukkan sikap ganjil dan sering merengek seakan  menahan sakit.

“Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian aneh pada anak kedua saya itu kerana berfikir dia kepenatan berada seharian di rumah pengasuh ataupun tidak sihat.

“Tetapi, saya hairan apabila dia tidak mahu memakai lampin pakai buang dan sering menunjukkan tangan kanannya ke arah dubur,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, sebaik memeriksa dubur anaknya, dia terkejut mendapati terdapat cecair putih bersama darah merah di bahagian itu.

Pang dan isterinya yang merupakan warganegara Vietnam bertindak membawa bayi mereka ke sebuah pusat perubatan di Labis dan kemudian dinasihatkan kakitangan bertugas supaya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Segamat.

“Saya segera membawa anak ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan dan hasilnya mendapati kemungkinan besar dia diliwat kerana ada kesan tusukan benda keras di duburnya.
“Saya kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki anak saya diliwat dan mahu mendapatkan keadilan untuk anak saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan menerima laporan tersebut pada hari sama.
Menurutnya, seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan pada jam 5 petang kelmarin.
“Suspek akan ditahan reman sehingga 26 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

3 comments:

Invisible Me said...

Macam-macam dunia sekarang.

Unknown said...

Salam Sabtu...

Tak habis-habis dengan penganiyaan ke atas kanak-kanak yang tak berdosa....

Lieya Von Jay said...

bodoh nya lah manusia ni kan. bayi pon nak liwat. xdak otak btoi :/

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH