Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan Tingkatan Dua yang dilaporkan hilang Rabu lalu selepas dipercayai keluar menemui teman lelakinya ditemui di kawasan Bukit Bintang, awal pagi semalam.
Sebaik keluar dari kedai serbaneka 24 jam iaitu 7 Eleven, saya terkejut melihat Nurul Nabila berjalan sendirian di hadapan saya. Dia terus menangis mungkin kerana terkejut berjumpa saya selain bimbang dimarahi,” Amil Yusof Ree
Terima panggilan
Amil Yusof berkata, selepas berita mengenai kehilangan anak gadisnya tersiar dalam berita, dia dihubungi orang ramai memaklumkan pernah melihat kelibat anaknya berjalan di sekitar kawasan Bukit Bintang.
“Sebaik dimaklumkan mengenainya, saya dengan bantuan jiran bergegas ke kawasan berkenaan sambil membawa gambar Nurul Nabila untuk diedarkan.
“Sebaik keluar dari kedai serbaneka 24 jam iaitu 7 Eleven, saya terkejut melihat Nurul Nabila berjalan sendirian di hadapan saya. Dia terus menangis mungkin kerana terkejut berjumpa saya selain bimbang dimarahi,” katanya ketika dihubungi BH semalam.
Sikap anak berubah
Akhbar sebelum ini melaporkan, Nurul Nabila berkunjung di rumah bapa saudaranya di Taman Bersatu, Rawang, sehari sebelum kehilangannya sebelum keluar menemui teman lelakinya yang dikenali sebagai Muslim, 16, di pusat beli-belah Time Square.
Mengulas lanjut, Amil Yusof berkata, sejak pulang anaknya bersikap pendiam dan tidak bertegur sapa dengan ibu serta abangnya, sebaliknya hanya berkurung dalam bilik.
“Ketika ditanya di mana lokasi penginapannya sepanjang beberapa hari lalu, Nurul Nabila hanya memaklumkan rumahnya di Setapak dan saya berkeras untuk mengetahui perkara sebenar kerana dia dilihat tertekan.
“Saya juga membawa Nurul Nabila ke Balai Polis Rawang untuk merekod keterangan, jam 2 petang,” katanya yang bersyukur anaknya ditemui selamat.
Jari Menaip ,
Nur Atirah .
No comments:
Post a Comment