Nur Atirah

 Banner

Friday 4 October 2013

Arah kiblat umat Islam mungkin berubah?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Kumpulan saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi pada 29 Oktober baru-baru ini.

"Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari,” katanya.



Menurut saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut.

"Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya.

Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat.

Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.

Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi.

TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.

Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.

Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Sumber

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

4 comments:

Mizz Aiza said...

salam jumaat.. perkongsian yang baik..

TelingaBulat said...

thanks for sharing di hari jumaat ni..good info..jom la singgah blog TB ;)

♥♥ Cik Nur ♥♥ said...

butul ke ni???

9n0L4 said...

takde dgr lagi pasal ni. kalau betul, kne sebar la kan. :)

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH