Nur Atirah

 Banner

Wednesday 24 April 2013

Kelakuan pelancong ke China ini membuatkan ramai orang terharu (2 gambar)

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Rendahnya moral masyarakat kota di China sering kali menjadi tajuk berita.
Ramai warga yang tidak peduli dengan kesusahan jran ataupun orang yang mendapatkan kemalangan di jalanraya. Biasanya warga kota di China lebih memilih tidak menolong ataupun berlagak tidak melihat. Kini muncul di dunia maya dan menjadi topik utama apabila seorang lelaki asing dilihat berkongsi makanannya dengan seorang pengemis wanita tua di depan Mc Donald. Di pintu depan McDonalds, seorang pemuda tampan berasal dari Amerika bernama Jason Loose membeli dua kentang goreng dan ayam, kemudian berbahagi seorang satu dengan seorang pengemis wanita tua. Mereka duduk berdampingan, makan dan saling berbual. Kemurahan hati Jason membuatkan beberapa orang tersentuh dan mengingatkan rendahnya tahap moral masyarakat China.

Menjadi selebriti semalam di China. 

Lelaki itu terkejut ketika seorang wartawan China dari Xiandai Kuaibao ingin menemubualnya. Jason menjawab “Ini bukan hal yang istimewa. Malah anda datang untuk menemubual perkara yang kecil dan hal ini membuat saya malu..” Pemuda Amerika ini berkata kepada wartawan, “Mereka adalah manusia, saya juga manusia. Mereka wajar mendapatkan sedikit hormat dan perhatian. Ini benar-benar bukan perkara yang besar selain makan dan berbual dengan mereka. ”Wartawan bertanya mengenai hal yang dibualkan bersama pengemis itu, Jason menjawab mereka berbual dan berkenalan antara satu sama lain. Wanita itu mengatakan dia berusia 80 tahun dan berasal dari Provinsi Anhui. Dia baru datang dari Nanjing dan tak punya pilihan selain hidup mengemis kerana anak-anaknya tidak dapat menampung kehidupannya.

Jason juga berkata, dia pernah bekerja buruh kasar dan kotor, jadi baginya, dia tidak peduli dengan penampilan seseorang yang kotor asalkan memiliki hati yang bersih. Warga china sering menganggap orang asing tidak memahami keadaan nasional di China. Sebahagian besar pengemis adalah penipu dan tidak layak menerima bantuan dari orang lain. Jason berkata, dia memang benar-benar tidak memahami keadaan di China. Dia hanya pengunjung sementara saja. Namun Jason berharap wanita tua itu bukanlah penipu.




Tetapi jika dia benar-benar penipu, Jason berkata, dia tetap membantu semampu yang boleh kerana wanita tua itu lebih menyedihkan disebabkan dia harus menjadi pengemis. Siapapun akan terharu dengan perhatian yang diberikan Jason, bahkan ketika ramai yang mengkritik dia memberikan makanan tidak sihat kepada wanita tua, Jason juga menjawab dengan tenang, bahawa dia akan memberikan makanan yang lebih sihat seperti buah atau roti jika memiliki peluang lain untuk bertemu lagi dengan ibu tua itu.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

7 comments:

intanfirdaus247 said...

sebak kak intan baca kemurahan ati lelaki ini..Jika di dunia ni semua orang bersikap sepertinya..aman bumi n..tp kalau pengemis menipu memang x suka la

Luqman Zakaria said...

baiknye die.. :)

Mizz Aiza said...

baiknya hati Jason.. :D

Mooniqueen said...

betul apa yang Jason ni cakap..
tak semestinya dia seorang pengemis, dia jahat..Kadang2 kita ni lagi jahat dari orang yang mengemis..

Nory Zoulkefle said...

mulia hati si jason tu kann...heee

Mummy MM said...

Baiknya hati dye..

Mime MF said...

at least dia bantu gak dr yg dok mengkritik tu...huhu

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH