Nur Atirah

 Banner

Monday, 19 August 2013

'Cukuplah dia burukkan saya'

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Aidil minta Rita tunggu di mahkamah berhubung isu SMS cerai

Kemelut rumah tangga dramatis, Rita Rudaini dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak sudah berlarutan lebih setahun dengan proses perbicaraan di Mahkamah Syariah, belum lagi selesai. 

Sepanjang tempoh itu, baik Rita mahupun Aidil yang bernikah pada 28 Februari 2008, masing-masing bagai ‘berperang’ melalui media massa dengan pelbagai dakwaan lalu menghangatkan lagi krisis mereka. 


Terbaru, dek kenyataan yang dianggap terlalu berani diluahkan Rita dalam sebuah artikel, Aidil dikatakan hilang sabar lalu dilaporkan melafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri.

Sebelum ini Aidil seakan enggan bersuara tetapi ketika dihubungi HIP, Aidil yang berada di Johor Bahru meluahkan isi hatinya yang selama ini terpendam.

HIP: Kenapa Aidil tergamak menceraikan Rita sedangkan ketika itu tiga hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tidakkah Aidil ada hati dan perasaan atau belas terhadap Rita dan anak-anak?

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

Chot said...

No komen. Lg cepat habis lg baik..

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH