Jenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bangi-Kajang dikebumikan di Kuala Nerang, Kedah. - Foto Lim Poh Chin
Kuala Nerang: Nur Nabila Al-Husna Mohammad Tauffid hanya melihat dari jauh jenazah ibu dan tiga adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Masjid Jami’ul Khair Kampung Tong Pelu, di sini, semalam.
“Saya tak sanggup pergi dekat. Saya sedih sangat. Saya doakan roh mama dan adik dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sepanjang upacara pengebumian, anak sulung tujuh beradik berusia 10 tahun itu dilihat menangis tidak berhenti dan terpaksa ditenteramkan ibu saudaranya, Hidayah Khassim, 50.
Kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Selangor pagi kelmarin, mengorbankan guru agama, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya iaitu Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; serta Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun apabila kereta dinaiki terbabas sebelum dirempuh lori.
Berada di sekolah
Ketika kejadian, Nur Nabila berada di kelasnya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB).
“Cikgu datang dan tiba-tiba peluk saya sambil menangis. Cikgu beritahu mama dah tak ada. Saya terkejut dan terus menangis.
“Susah nak terima tapi bila nampak jenazah mama dan adik di Hospital Kajang, saya sedar mama dah tak ada,” katanya.
Nur Nabila kali terakhir bertemu ibunya ketika bersiap bersama dua adiknya, Muhammad Nabil Luqman Al-Hakim, 6, dan Nur Nidhal Al-Hanin, 4, untuk dihantar ke sekolah oleh bapa, Muhammad Tauffid Khassim, 44.
Katanya, arwah ibunya kelihatan tergesa-gesa menyediakan sarapan.
Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di Kampung Tanjung Luar, Pedu, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam sebelum dikebumikan pada jam 11 pagi.
Di Kajang, seorang anak mangsa, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, yang cedera parah dalam kemalangan itu, dilapor menunjukkan tanda positif selepas menerima rawatan di Hospital Kajang.
Muhammad Tauffid yang menemani anaknya itu berkata, Nabil menunjukkan reaksi lebih baik berbanding kelmarin, walaupun masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Keadaannya lebih stabil hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jari Menaip ,
Nur Atirah .
5 comments:
Innalillah... alahai.. tak dapat saya bayangkan kalau saya di situasi adik nur nabila ni.
Allahummaghfir lahum warhamhum, wa'aafihim wa'fu 'anhum.
Berat mata memandang tapi berat lagi bahu yg memikul. Moga Allah tabah hati ustaz Muhammad Tauffid kerana beliau kehilangan isteri dan 3 anak sekali gus.
takziah untuk keluarga mangsa..semoga tabah hadapi dugaan ini.
takziah buat family tu...
Jemput JOIN...
http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/2013/09/segmen-ikhlas-blogwalking-by-syifaul.html
takziah buat keluarga mangsa..
Post a Comment