Nur Atirah

 Banner

Sunday 12 August 2012

RAMADHAN 23 : HUKUM MENCUKUR BULU KENING DAN BULU DI KAKI

Assalamualaikum .
Salam Ramadhan !


Ini cerita pagi tadi semasa saya sedang berada di salon. Dipendekkan cerita, semasa rambut saya sedang dibasuh oleh salah seorang pekerja salon, datang seorang wanita muda berusia pertengahan 30-an. Mungkin sedikit berusia daripada saya.

Perwatakannya agak menarik, ditambah lagi dengan fesyen bertudung yang agak trendy membuatkan mata saya tidak lepas daripada terus memerhatikannya dari balik cermin salon.

Dia duduk, mata saya masih tidak lepas memandang. Kemudian salah seorang pekerja datang kepadanya dan bertanya, “potong rambut kak?”

Dia jawab “tak, saya nak cukur bulu kening saya supaya bla… bla… bla…”

okey bab bla… bla… tu kita abaikan. Sengaja saya skip secukup rasa sebab merapu sesangat.

Cuma apa yang menarik perhatian saya ialah jawapan daripada empunya badan bila pekerja tu tanya, “kak, suami tak marah ke cukur kening”

Fuhhh… cayalah dik, lepas tu tanya “kakak” tu, dah banyak sangat ke amal jariah yang dia simpan selama ini, bisik saya dalam hati.

“takpe, suami i yang suruh, lagipun tak salah kan berhias untuk suami?”

Saya terdiam sejenak mendengar statement berani mati perempuan tu. Alahai kak… sejak bila hukum haram bertukar menjadi “tak salah” pula ni. Bab agama jangan main-main kak! Agak-agak kalau saya terangkan kekhilafannya sebentar tadi, dia marah saya tak?

Saya akui saya bukanlah arif sangat mengenai agama, tapi setahu saya, mencukur dan mencabut bulu kening adalah haram dan ditegah oleh agama Islam, seperti yang sering kali ‘Ustazah garang’ di sekolah menengah saya katakan dahulu.

Dahlilnya jelas, cuma gagal saya perhalusi sehinggalah info mengenainya saya perolehi sebentar tadi dengan mencari sendiri sumber yang boleh dipercayai di Internet.

Menurut USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL dan islamgrid, hukum mencukur atau menipiskan bulu kening adalah haram kerana ianya mengubah ciptaan Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi S.A.W. dalam hadisnya

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).

Dengan demikian wanita tidak boleh memberi apa jua alasan dan berkompromi dalam hal ini, sekalipun dengan permintaan sang suami kerana Rasulullah S.A.W. sendiri telah melarang keras seperti yang terkandung dalam hadis di atas.

Cukup jelas bukan?

Jadi apa pula hukum mencukur bulu di badan, terutamanya bulu pada kaki, bulu ketiak dan ari-ari.

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.

Hah… kan betul apa yang ‘Ustazah garang’ saya cakap!!



credit to : mama

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

4 comments:

vendoline said...

kalau bagi pompuan cukur bulu kaki mmg tak salah..but not for men

Kak iman said...

lau cukur bulu kaki pe hukum nyer plak?berbeza kan cukur n cabut...

nak tmbh ag 1 ley?

kwn iman 2 kata walau untuk berhias untuk suami pon xley cz suami kena thu pe yg haram dan halal, pe yg sunat pe yg wajib.if memudaratkan diri bru ley cukur..wallahualam..

SN said...

Nice sharing .

caliph shuriken said...

klau btul laa suami dia yg suruh, bermasalah ilmu si suami tu...

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH