Nur Atirah

 Banner

Wednesday 21 August 2013

Dulu pengemis jalanan....Tegar kini artis terkenal

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

PROFIL
Nama Penuh: Tegar Septian
Tempat Lahir : Pemalang, Jawa Tengah
Tarikh Lahir : 19 September 2001
Bilangan Adik Beradik : Empat Orang (anak pertama)


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Satu ketika dahulu, si kecil ini sering kali menjadikan kaki lima dan kota-kota kecil di sekitar Indonesia sebagai tempat mencari rezeki.

Dengan bertemankan sebuah gitar kecil, dia menjadi penghibur jalanan untuk membantu keluarganya demi sesuap nasi.

Seawal usia enam tahun, Tegar atau nama sebenarnya, Tegar Septian, 12, mula diasuh menjadi pengemis.

Selain mendapatkan wang dengan petikan gitar, Tegar juga turut membuat pekerjaan lain seperti mengambil upah mencuci kereta.

Malah, Tegar terpaksa mengorbankan zaman persekolahannya demi membantu keluarga yang kesempitan.

Bukan sahaja dirinya, malah ibunya, Ratna Dwi Asih juga turut menjadikan stesen kereta api berdekatan sebagai tempat mencari pendapatan dengan usaha pengemis.

Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh binaan dan kadang kala turut menjadikan pekerjaan yang sama untuk menyara kehidupan mereka demi membesarkan tiga adiknya yang lain.



Walaupun membesar di persekitaran yang serba kekurangan, namun Tegar dikurniakan suara emas yang mampu menghiburkan orang ramai.

Segalanya berubah setelah seorang daripada penuntut sebuah universiti di negara itu bertindak merakam nyanyian Tegar dan terus memuat naik ke laman sosial YouTube, pada Mei tahun lalu.

Dengan alunan suara emas dan bertemankan petikan gitar kecil yang usang, Tegar menyanyikan lagu dendangan penyanyi dangdut, Ratna Koin, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, dengan liriknya sendiri.

Video yang dimuat naik itu berjaya mendapat perhatian pengikut dunia maya termasuk di luar Indonesia sehingga mencatat lebih daripada tujuh juta tontonan.

Bermula saat itu, ramai yang mula mencari Tegar dan kagum dengan kelebihan yang dimiliki si cilik ini.

Kelibat Tegar mula mencuri tumpuan setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat yang dianjurkan sebuah syarikat telekomunikasi sekali gus, membawa nama Tegar ke persada seni Indonesia.



Kehidupan di jalanan

Akui Tegar, kehidupannya sebagai pengemis jalanan bukanlah sesuatu perkara yang manis untuk dikenang. Malah, sepanjang tempoh itu, Tegar pernah terjebak di dalam kalangan pengemis cilik yang bermasalah.

"Saya pernah terjebak dalam masalah sosial seperti merokok dan minum arak. Pada awalnya, saya memang menolak, namun akhirnya terpengaruh dengan rakan-rakan.

"Kehidupan di jalanan sememangnya tidak lari daripada masalah seperti itu kerana tiada siapa yang mempedulikan kami kerana ibu bapa juga sibuk bekerja.

"Namun kini, saya sudah meninggalkan kesemua ketagihan itu dan pengurus saya banyak beri nasihat serta dorongan untuk meninggalkan masa lampau yang tidak memberikan sebarang kebaikan," katanya.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, rezeki beliau. Supaya beliau tidak lupa diri dan terus membantu keluarga...

Nadia Johari said...

suara sedap ok la tu..hehee..dah tak payh mengemis

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH