Nur Atirah

 Banner

Saturday, 21 September 2013

Bayi empat bulan jadi tebusan bapa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Bayi empat bulan jadi tebusan bapa

Pegang parang bersama anak elak dicekup polis

Bukit Mertajam: Seorang bapa bersenjatakan dua parang tergamak menjadikan bayi perempuannya yang berusia empat bulan sebagai tebusan apabila sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di Kampung Bukit Teh, di sini, semalam. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek yang dipanggil dengan nama gelaran Kopi dalam kalangan penduduk kampung berada di dalam rumah berkenaan bersama isteri dan anaknya. 
Bagi mengelak daripada ditangkap polis, suspek mendukung bayinya di tangan kiri sambil memegang sebilah parang yang diletakkan di leher bayinya manakala tangan kanan yang turut memegang sebilah parang mengacukannya ke arah polis selain mengugut mahu membunuh bayinya. 


Polis cuba memujuk suspek namun dia bertindak agresif ke atas bayinya hingga memaksa polis melepaskan satu das tembakan amaran tetapi tidak dipedulikan. 

Cuba lepaskan diri 

Suspek yang semakin agresif cuba melarikan diri bersama bayi ke arah kawasan belukar berhampiran menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki serta paha kiri suspek sebelum rebah. 

Sebaik menghampiri suspek, anggota polis terus menyelamatkan bayi berkenaan daripada bapanya. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata suspek yang berusia 26 tahun cuba ditahan dalam operasi kes narkotik mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. 

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki dan paha kiri suspek selepas dia bertindak agresif ke atas bayi yang didukung selain mencederakan seorang anggota polis selepas melibaskan parang ke arah anggota berkenaan. 

“Suspek yang tidak bekerja didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi motosikal dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Din mendakwa terdengar suara orang menjerit-jerit sebelum disusuli bunyi tembakan ketika menjalankan kerja ukur tanah di kampung berkenaan. 

Katanya, dia terlihat seorang lelaki berlari sambil mendukung seorang bayi dengan kedua-dua belah tangannya memegang parang sambil menjerit dan mengacukan parang kepada sepasukan polis yang mengekorinya. 

“Saya lihat polis cuba memujuknya namun lelaki itu bertindak agresif dan melibaskan parang ke arah polis sebelum polis menembak bahagian kakinya,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

5 comments:

Unknown said...

uish.. gerunnya...

Invisible Me said...

Macam-macam sekarang -.-
Awak ditag http://invisiblenote.blogspot.com/2013/09/first-giveaway-vallarys.html :)

Abam Kie said...

salam. jahat tu bapa tu..sanggup jadikan anak sbg tebusan! done follow here...

Fiza Aizzawa said...

mcm2 berita skrg nie..

Mummy MM said...

Hish, boleh pulak macam tu.

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH