Nur Atirah

 Banner

Friday, 23 August 2013

Nahas bas di Genting: Mangsa tak dapat lelapkan mata kerana trauma

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



KUALA LUMPUR: Setiap kali dia cuba melelapkan mata, Nurul Quraitul Aini, 19, seakan ternampak mayat bergelimpangan di sekelilingnya dan masih terngiang ditelinganya suara orang meminta tolong. 

Menurut kakaknya, Intan Liyana, 26, Nurul bekerja sambilan di Genting International Convention Center (GICC) sejak April lalu dan dia sepatutnya pulang ke rumah semalam. 

"Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada emak memberitahu adik saya terbabit dalam kemalangan di Genting Highlands," katanya. 


Sejurus mendapat panggilan itu, Intan Liyana bersama emak dan beberapa orang saudaranya bergegas ke Kuala Lumpur dan luluh hati mereka apabila melihat keadaan Nurul yang kritikal dan masih trauma dengan kejadian itu. 

Menurut Intan Liyana adiknya Nurul ada menceritakan kepada emak mereka, Ajidah Mat Shahir, 60, bahawa dia terpaksa merangkak dan memanjat di atas mayat penumpang lain untuk keluar daripada bangkai bas. 

"Adik saya sebut, 'Mak, adik cuma fikir nak hidup, adik merangkak atas mayat untuk keluar'," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Selayang. 

Nurul yang dipanggil Manja oleh keluarganya, merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik berasal dari Alor Gajah, Melaka dalam perjalanan pulang setelah bekerja sambilan di GICC sejak April lalu. 

Seorang lagi kakak mangsa, Nur Ain Mat Jali, 21, berkata adiknya itu mengadu tidak dapat melelapkan mata kerana setiap kali berbuat demikian dia terbayang keadaan mayat serta terdengar suara orang meminta tolong. 

"Saya tak tahu sama ada kerana masih trauma atau kerana ubat-ubatan tetapi adik saya tak dapat tidur dan sentiasa dalam ketakutan. 

"Kami diberitahu dia mungkin dimasukkan semula ke wad ICU atau dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur," katanya. - BERNAMA 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH