Nur Atirah

 Banner

Friday, 23 August 2013

Rangka bas terjunam dikeluarkan selepas 3 jam

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KUALA LUMPUR - Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terjunam kira-kira 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu lepas, selesai pada 12.45 tengah hari ini selepas hampir tiga jam operasi dijalankan.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata operasi yangdisertai kira-kira 160 anggota keselamatan termasuk bomba, Jabatan PengangkutanJalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) itu bermula 10 pagi.

"Kami ambil masa dua jam 45 minit untuk membawa naik bas seberat kira-kira 15 tan itu dengan menggunakan sebuah kren seberat 200 tan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian berhampiran pusat peranginan tanah tinggi itu.

Mohd Mansor berkata Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd(Puspakom) dan jurutera JPJ akan membuat pemeriksaan terhadap bangkai bas itudan setelah proses siasatan selesai, ia akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis DaerahBentong untuk tindakan lanjut.

"Untuk membuat pemeriksaan, kami perlu pastikan keadaan selamat sepertimemastikan minyak diesel yang keluar tidak mendatangkan sebarang bahaya termasuk letupan.

"Saya tidak dapat pastikan bila proses pemeriksaan ini selesai...siasatan dijalankan secara berperingkat," kata Mohd Mansor.

Menurutnya komponen bas itu akan dibuka dalam usaha mengenal pasti puncasebenar kemalangan.
Operasi mengeluarkan bangkai bas itu ditangguhkan semalam berikutan kren yang dibawa dari ibu negara itu mengambil masa yang lama untuk tiba di lokasi kejadian. Ia tiba pada kira-kira 8 malam semalam.


Nahas yang berlaku Rabu lepas itu mengorbankan 37 orang termasuk pemandu basdan mengakibatkan 16 yang lain cedera, sekali gus menjadikannya nahas basterburuk di negara ini

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH