Nur Atirah

 Banner

Wednesday, 4 September 2013

A Samad Said mesti serah diri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


A Samad Said  mesti  serah diri

Polis minta bantu siasatan kes kibar bendera Sang Saka Malaya

Gombak: Polis mahu Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis terpaksa menahannya jika gagal berbuat demikian bagi melengkapkan siasatan selepas beberapa aduan diterima daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhubung tindakan pengibaran bendera itu. 
“Polis menerima beberapa laporan mengenai pembabitan beliau (A Samad Said) dalam kejadian mengibarkan bendera Sang Saka Malaya tempoh hari, jadi kami meminta beliau untuk menyerah diri atau akan ditahan,” katanya pada sidang media Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) di Univerisiti Islam Antarabangsa (UIAM), di sini, semalam. 


Hishamuddin Rais, Adam Adli dibebaskan

Beliau berkata dua yang lain iaitu Hishamuddin Rais dan Adam Adli turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes sama.

Difahamkan, kedua-duanya dibebaskan awal pagi semalam selepas keterangan mereka diambil.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivis propembangkang dilaporkan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya, bukan Jalur Gemilang seperti sepatutnya, di Dataran Merdeka di sini. 
Terkini sehingga jam 1 pagi

Samad ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, tengah malam tadi.

Dalam twitternya, Samad memaklumkan dia dibawa tiga anggota polis ke IPD Dang Wangi, kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.

“Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi, saya dibawa tiga anggota polis,” katanya melalui twitternya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH