Nur Atirah

 Banner

Friday 23 August 2013

Terkejut sampul raya tulisan berunsur Syiah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KOTA BHARU- Pengetua di sebuah sekolah tahfiz di sini terkejut selepas mendapati sampul duit raya yang dibelinya malam Aidilfitri lalu terdapat tulisan berunsur Syiah.

Pengetua berkenaan, Ridzwan Abd Ghani berkata, beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah adiknya, Mohd Rois mendapati sampul berkenaan diberikan seseorang kepada anaknya.

“Ketika membelinya di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, saya langsung tidak sedari tentang tulisan itu, sebaliknya hanya tertarik dengan corak yang terdapat padanya.

“Mohd Rois pula pada mulanya ingin bertanyakan siapa yang agih duit raya dalam sampul berkenaan, tanpa menyangka ia datang daripada saya,” katanya ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

Katanya, beliau yang terkejut cuba meneliti sampul berkenaan dan setelah merujuk pada al-Quran nyata tulisan yang kononnya mencatatkan nama surah itu, merujuk kepada surah yang terdapat dalam kitab Syiah, iaitu al-Mukmin.

“Motif sebenar diletakkan tulisan tersebut pun tidak diketahui, namun saya rasa ia mungkin bentuk dakwah golongan Syiah yang dilakukan secara terancang,” katanya sambil menunjukkan nama Surah Al- Mukminun sebagaimana terdapat dalam al-Quran.

Beliau berkata, pada malam tersebut sebanyak 20 keping sampul duit raya dengan corak tersebut dibeli sebelum diagihkan kepada anak-anak saudaranya.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

nora razalli said...

tak nampak plak tulisan kt angpau tu mcm mne kan?
boleh nk tgk sekali :)

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH