Nur Atirah

 Banner

Saturday 20 April 2013

FELDA 'tambat' Safiq

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


FELDA 'tambat' Safiq


Tapi sumber pengurusan Johor DT nafi mahu lepaskan pemain perancang

Jodoh kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim bersama pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (DT) nampaknya hanya bertahan setengah musim apabila pemain tengah 26 tahun itu bakal menyertai FELDA United sebelum tutupnya pintu perpindahan kedua Liga Super, Isnin ini.

Andai benar berlaku, Safiq bakal menjadi pemain kedua ‘dibebaskan’ Johor DT pada pintu perpindahan kedua sejak 8 April lalu selepas bek kiri, Azmi Muslim turut menyertai FELDA United dan sudah pun membuat penampilan sulung ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. 

Setiausaha Kehormat FELDA United, Kamarruddin Mohamad berkata, pihaknya memang berminat mendapatkan khidmat Safiq bagi memantapkan pasukan tetapi urusan rundingan mendapatkannya belum dimuktamadkan. 


Beli terus atau pinjaman

“Masih dalam perbincangan sama ada pihak Johor DT membenarkan kami untuk membeli terus Safiq atau hanya mendapatkannya secara pinjaman. Tapi secara dasarnya, memang kami berminat mendapatkan Safiq,” kata Kamarruddin ketika dihubungi, semalam.

Namun, pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), semalam memberi gambaran berbeza bahawa Safiq tidak akan berpindah sebaliknya kekal bersama skuad Harimau Selatan.
“Johor Darul Takzim masih perlukan khidmat Safiq dan dia kekal bersama pasukan itu,” menurut sumber persatuan.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH