Nur Atirah

 Banner

Saturday, 20 April 2013

Penuntut Malaysia ditahan di Yogjakarta

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: Seorang pelajar Malaysia ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu. 

Anak usahawan dari Selangor 

Difahamkan, pelajar berusia lingkungan 20-an itu yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya. 


Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu. 

“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya. 

Rampas dadah 
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH