Noniswara mengambil keputusan menarik balik kes yang difailkan mengikut Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik), di Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mendapat kebenaran Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin.
Bagaimanapun, mahkamah tidak mempunyai halangan sekiranya plaintif (Noniswara) mahu mengemukakan permohonan lain dengan kebenaran undang-undang Syariah.
Sementara itu, Peguam Datuk Amli Embong, yang mewakili Noniswara, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya akan berbincang untuk tindakan selanjutnya sama ada akan memohon penceraian secara fasakh atau pun taklik.
Noniswara atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, berkata, usahanya menyerahkan surat saman itu menemui jalan buntu apabila suaminya tidak menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Dia ada memberitahu saya dia ke luar negara tetapi saya rasakan ianya tidak benar. Saya cuma mahukan perpisahan ini berjalan dengan baik tanpa perlu membawa rahsia rumah tangga kami ke mahkamah apabila terpaksa bercerai secara fasakh, mahupun taklik,” katanya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Datuk Rosman Ridzwan pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.
Jari Menaip ,
Nur Atirah .
No comments:
Post a Comment