Nur Atirah

 Banner

Saturday, 20 April 2013

PRU13: DAP guna simbol roket

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KUALA LUMPUR: DAP, yang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, tidak menghadapi masalah pada penamaan calon hari ini apabila calonnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dapat menggunakan simbol parti itu. 

Parti itu bertanding di 51 kawasan Parlimen dan 103 kerusi negeri. DAP membuat pelan kontingensi untuk bertanding di bawah lambang PAS di semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak selepas ROS berkata ia tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti itu Disember lepas berikutan aduan penyelewengan oleh beberapa anggota parti. 


ROS berkata bagaimanapun DAP tidak dibatalkan dan parti itu boleh menggunakan simbolnya untuk PRU-13. 

DAP meletakkan penasihat parti itu Lim Kit Siang di kawasan Parlimen Gelang Patah. Lim akan ditentang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dalam perlawanan satu lawan satu itu. 

Di Pulau Pinang pula, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan berdepan perlawanan tiga penjuru dalam mempertahankan kawasan Parlimen Bagan dan perlawanan satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Puteh. 

Semalam Guan Eng berkata calon-calon parti itu akan membawa dua watikah calon, satu daripada DAP dan satu lagi daripada PAS bagi calon di semenanjung dan PKR bagi Sabah dan Sarawak, ke pusat penamaan calon. - BERNAMA



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH