Nur Atirah

 Banner

Saturday, 20 April 2013

Mahkamah tolak rayuan bekas pelajar USM

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


PUTRAJAYA - Seorang bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) gagal dalam usahanya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang selepas Mahkamah Rayuan di sini menolak rayuannya hari ini.
   
Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, mengetuai panel tiga hakim, berkata Mahkamah bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail bahawa rayuan itu adalah akademik memandangkan Seksyen 15 akta itu telah dipinda pada Februari 2010.
   
Mahkamah juga menolak permohonan Soh Sook Hwa bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Peraturan 3 dan 13 Peraturan-Peraturan USM (Kod Etika Pelajar) 1999 tidak mengikut perlembagaan.
   
Hakim Abu Samah juga menolak permohonan Soh bagi mendapatkan perintah mandamus untuk membatalkan keputusan menteri untuk tidak membenarkan rayuannya bagi mengetepikan keputusan lembaga disiplin universiti untuk menegur dan mendendanya RM200.
   
Pada 2 Disember, 2004, Lembaga Disiplin mendapatinya bersalah kerana melanggar AUKU setelah didakwa berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2004.

Hakim Abu Samah, yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, berkata tidak ada pelanggaran keadilan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Soh untuk semakan kehakiman.
   
Pada 4 Jun 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Soh selepas memutuskan bahawa dia tidak mempunyai alasan untuk mencabar Seksyen 15 akta itu kerana telah dipinda.
   
Soh, bekas pelajar komunikasi, memfailkan permohonan itu pada 16 Ogos, 2005, untuk mencabar AUKU selepas dihukum oleh universiti atas dakwaan terbabit dalam kempen pada pilihan raya 2004, menamakan Menteri Pengajian Tinggi Pendidikan sebagai responden.
   
Seksyen 15 melarang mahasiswa terlibat dengan parti atau pertubuhan politik.
   
Soh, 31, diwakili peguam Ang Hean Leng manakala menteri berkenaan diwakili oleh Noor Hisham.  - Bernama


cc:: dot

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH