Nur Atirah

 Banner

Saturday, 20 April 2013

Tercampak, digilis atas jalan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Tercampak, digilis atas jalan


Seremban: Dua pengasas sebuah syarikat perniagaan dalam talian maut selepas tercampak dari kereta dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 245.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Maut di tempat kejadian 

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dilanggar kenderaan lain. 


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan awal mendapati PERODUA Viva dipandu Ahmad Zamakhsyari dari Muar, Johor menuju Ampang, Selangor hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan.

Mangsa tercampak keluar

Katanya, sebuah kenderaan lain merempuh kereta itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas laluan kanan lebuh raya, manakala kenderaan dinaiki terbakar rentung.

“Berikutan keadaan gelap beberapa kenderaan lain, yang tidak melihat mangsa terbaring di atas jalan menggilis mereka,” katanya, di sini, semalam. 
Saiful Azly berkata, kejadian turut mengakibatkan kemalangan kecil tiga kenderaan lain, yang cuba mengelak daripada merempuh kereta mangsa.

Katanya, polis kini giat mengesan kenderaan, yang melanggar mangsa hingga tercampak keluar dan beberapa kenderaan yang menggilis mereka.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH